fbpx

Russia malu besar peluru berpandu hanya mengenai tandas awam Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMUSNAHAN tandas itu disahkan menerusi kenyataan oleh Perintah Operasi Selatan Ukraine. - Viacheslav Onyshchenko/SOPA Images/REX/Shutterstock

MOSCOW – Russia berdepan dengan penghinaan selepas serangan peluru berpandu yang disasarkan ke bandar Odessa hanya memusnahkan sebuah tandas awam di pantai Ukraine, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kemusnahan tandas awam itu disahkan dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Perintah Operasi Selatan Ukraine.

“Satu lagi serangan peluru berpandu dengan menggunakan pesawat telah dilakukan di wilayah Odessa. Peluru berpandu udara telah ‘memusnahkan udara’ di wilayah selatan Odessa. 

“Tandas pantai itu telah musnah. Selain kehilangan hati nurani dan reputasi penyerang, tiada kerugian lain,” demikian menurut kenyataan itu. 

Pengguna di media sosial dengan pantas menyuarakan pendapat mereka mengenai kejadian tersebut dengan mengejek tentera Russia. 

“Peluru berpandu balistik Russia bernilai AS$5 juta (RM21.9 juta) baru sahaja mengenai tandas awam di pantai Odessa. Adakah anda tahu pelaburan ketenteraan lain yang lebih baik?” tulis wartawan tentera Ukraine, Mykola Vorobiov.

“Serangan yang ‘berjaya’ ini pasti akan mematahkan tulang belakang Batalion Tandas Awam Odessa Ukraine ke-35, tonggak pertahanan pantai Ukraine,” komen pengguna lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI