fbpx

Lee Zii Jia rangkul kejuaraan Terbuka Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA berjaya merangkul kejuaraan Terbuka Thailand selepas menewaskan Shi Feng pada aksi final di Arena Impact, Bangkok sebentar tadi. - AFP

PETALING JAYA – Jaguh perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila berjaya merangkul kejuaraan Terbuka Thailand selepas menewaskan wakil China, Li Shi Feng pada aksi final di Arena Impact, Bangkok sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, Zii Jia yang diletakkan selaku pilihan keenam kejohanan terpaksa akur apabila ditewaskan dengan keputusan 17-21 pada set pertama kepada pemain ranking ke-50 dunia itu.

Namun, Zii Jia menunjukkan taring sebenar pada set kedua dengan meraih kemenangan mudah untuk mengheret perlawanan rubber set selepas merekodkan keputusan 21-11.

Pada set ketiga, atlet kelahiran Alor Setar, Kedah ini terpaksa bekerja keras apabila Shi Feng dilihat mendominasi saingan dengan mendahului 11-4 dan 16-12 termasuk menyelamatkan mata kemenangan yang diraih pemain tersebut ketika kedudukan terikat 20-19.

Bagaimanapun, Zii Jia yang kini berusia 24 tahun dilihat lebih tenang pada situasi genting dan berjaya meraih kemenangan dengan keputusan 23-21 dalam tempoh keseluruhan 69 minit.

Keputusan tersebut menyaksikan Zii Jia menjulang kejuaraan antarabangsa kedua berturut-turut tahun ini selepas melakar kemenangan pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila, Filipina pada 1 Mei lepas.

Terdahulu, Zii Jia telah menewaskan, Ade Resky Dwicahyo dari Azerbaijan, Kai Schafer (Jerman), Shesar Hiren Rhustavito (Indonesia) dan rakan senegara, Liew Daren sebelum menempah tiket ke perlawanan akhir Terbuka Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI