fbpx

Baby Shima menari di jalan ‘New Zealand Malaysia’ tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar TikTok memaparkan Baby Shima menari di Jalan Temiang-Pantai yang diberi jolokan 'New Zealand Malaysia'.

SEREMBAN – Penyanyi dan selebriti media sosial, Baby Shima tular di media sosial Tik Tok selepas dilihat merakamkan video sambil menari di Jalan Temiang-Pantai yang diberi jolokan ‘New Zealand Malaysia’ kerana keindahannya.

Rakaman video itu menunjukkan Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 30, menari bersama seorang lagi wanita dengan kapsyen ‘reaksi Shima bila orang maki-maki’.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada kereta dalam video tersebut yang diparkir di bahu jalan itu milik penyanyi itu atau orang lain.

Jalan Temiang-Pantai merupakan lokasi yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai berhenti untuk mengambil gambar kerana keindahan pemandangan di loksasi terbabit yang seakan ‘New Zealand’.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, tindakan pemandu yang berhenti di lorong kecemasan laluan jalan itu tanpa alasan yang munasabah adalah satu kesalahan.

Orang ramai yang hendak mengambil gambar di jalan itu tidak salah tetapi jangan sampai meletak kenderaan di bahu jalan dan lorog kecemasan untuk tujuan bergambar dan berkumpul. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI