fbpx

Isteri mengamuk suami menari dengan penyanyi wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang wanita menyerang suaminya kerana menari dengan penyanyi wanita di atas pentas. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang isteri yang mengamuk apabila mendapati suaminya ligat berjoget dengan penyanyi dangdut di atas pentas, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @andreli_48. Kejadian berlaku ketika beberapa lelaki dilihat sedang menari di atas pentas diiringi nyanyian dan muzik.

Rakaman kemudian menunjukkan seorang wanita berlari meluru ke atas pentas berkenaan dalam keadaan marah lalu mengambil dan melempar sebuah kerusi ke tanah.

Wanita itu kemudian mengheret seorang lelaki berbaju putih yang dikatakan suaminya di pentas tersebut.

Lelaki itu kelihatan terkejut ketika ditarik oleh isterinya yang mengamuk. 

Wanita itu cuba memukul lelaki tersebut sebelum kedua-duanya terjun ke atas tanah dan dileraikan oleh beberapa lelaki lain.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Lelaki garang itu ternyata takut dengan isterinya,’’ tulis seorang netizen.

“Malunya si isteri,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI