fbpx

Cacar monyet menular selepas pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan bintik ruam pada tangan seorang pesakit cacar monyet - AGENSI

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan di negara Britain, Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Eropah kini menyiasat penularan  mendadak wabak penyakit cacar monyet, lapor Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.

Kes  terbaharu wabak yang biasanya ditemui di Benua Afrika itu  dilaporkan di Perancis, Itali dan Sweden dan Australia.

Pihak berkuasa dalam usaha mengesan kontak pesakit cacar monyet di Britain kini menyiasat bar dan spa untuk golongan gay apabila enam daripada sembilan kes di negara berkenaan  didapati pernah berkunjung ke dua premis berkenaan.

Ketua Kesihatan Britain mengarahkan siasatan menyeluruh ke tempat-tempat  yang dikunjungi enam lelaki homoseksual dan biseksual itu selepas mereka yang diuji positif cacar monyet pada minggu lalu.

Ia termasuk bar, kelab dan sauna, demikian menurut kemas kini oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Corak serupa dikesan di Eropah, di mana tujuh lelaki gay atau biseksual telah diuji positif di Sepanyol dan sembilan lelaki yang kebanyakannya berusia lebih muda turut disahkan dijangkiti wabak itu di Portugal.

Agensi Keselamatan Kesihatan Britain (UKHSA) mengeluarkan amaran kepada golongan lelaki gay supaya berwaspada terhadap ruam di muka atau bahagian kemaluan mereka.

Pakar-pakar  bimbang kes yang semakin kerap dilaporkan bakal melonjak dengan cepat kerana majoriti pesakit tidak mempunyai kaitan  antara satu sama lain sekali gus menunjukkan kemampuan virus itu  merebak dengan pantas dan lebih meluas.

“Kontak rapat sedang dinilai berdasarkan tahap pendedahan mereka dan disusuli pengawasan aktif atau pasif selama 21 hari dari tarikh pendedahan terakhir kepada kes. Vaksinasi sedang ditawarkan kepada kontak berisiko tinggi.

“Hubungan seksual dan tempat yang dilawati contohnya sauna, bar dan kelab sedang disiasat secara aktif untuk empat kes GBMSM (gay, biseksual dan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki,” tulis kemaskini tersebut.

Selain itu, sebilangan kes turut dikesan di Sepanyol dan AS selain siasatan terhadap 13 kes disyaki cacar monyet di Kanada pada Rabu lalu.

Menurut Badan Penyiaran Britain, simptom awal penyakit cacar monyet termasuk demam, sakit kepala, bengkak, sakit belakang dan sakit otot diikuti dengan bintik-bintik ruam. Jangkitan akan sembuh dalam tempoh antara 14 hingga 21 hari.

Cacar monyet tidak mengancam nyawa namun, dalam kes tertentu penyakit itu didapati boleh membawa maut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI