fbpx

Pelajar maut kemalangan ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pelajar sekolah yang maut dalam kemalangan itu.

SHAH ALAM – Perjalanan seorang pelajar lelaki ke sekolahnya bertukar tragedi apabila maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas melanggar pembahagi jalan di Persiaran Jubli Perak di sini, pagi tadi.

Kejadian pukul 8.05 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 16 tahun menunggang motosikal Yamaha 135 LC bersendirian dipercayai menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 24 Shah Alam dari rumahnya di Seksyen 17 di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mangsa dikatakan hilang kawalan setibanya di jalan arah Persiaran Kemajuan ke Bulatan Andalas itu.

“Keadaan itu menyebabkan mangsa kemudian terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

“Remaja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, semasa kejadian mangsa memakai topi keledar dengan motosikal ditungganginya adalah milik ibunya.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan siasatan mangsa tidak mempunyai lesen memandu.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Justeru, beliau meminta saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767 atau balai polis berdekatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI