fbpx

KPKK cadang kurangkan sementara cukai eksport minyak sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida

PUTRAJAYA – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPKK) bercadang mengurangkan sementara cukai eksport minyak sawit Malaysia daripada lapan peratus kepada empat hingga enam peratus bergantung pada perbincangan dengan Kementerian Kewangan.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, perbincangan itu juga akan melibatkan cadangan melambatkan pelaksanaan mandat biodiesel Malaysia untuk membantu memenuhi permintaan global di tengah-tengah kekurangan minyak makan.

Beliau berkata, cadangan pemotongan sementara itu masih di dalam peringkat awal perbincangan dan keputusan adalah tertakluk kepada keputusan kerajaan.

Katanya, seperti diketahui, harga Minyak Sawit Mentah (MSM) melonjak melepasi paras RM7,000 setan sehingga mencecah paras tertinggi iaitu RM7,516 setan berikutan tindakan Indonesia untuk mengharamkan eksport minyak sawit mulai 28 April lalu.

“Larangan itu hanya akan ditarik balik jika harga minyak masak pukal turun kepada 14,000 rupiah seliter di seluruh Indonesia namun sehingga 6 Mei lalu, ia telah turun kepada 17,200 rupiah seliter daripada sekitar 26,000 rupiah seliter.

“Memandangkan Indonesia bergantung kepada eksport minyak sawit dan keputusan ini boleh memberi kesan kepada ekonomi Indonesia, larangan eksport Indonesia seperti yang dijangka telah pun ditarik balik sebagaimana yang telah diumumkan Presiden Joko Widodo semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zuraida berkata, biarpun Jokowi sudah menarik balik larangan itu, memandangkan situasi penarikan semula larangan tersebut adalah masih terlalu awal untuk dilihat kesannya ke atas penawaran dan permintaan ke atas industri minyak sawit Malaysia.

Katanya, pemain industri digesa untuk menumpukan perhatian kepada pembolehubah pasaran yang mampu mencetuskan ketidaktentuan harga.

“Antara pembolehubah ini adalah dasar eksport Indonesia, pemulihan pengeluaran minyak sawit di Malaysia, pelarasan dasar biodiesel di pelbagai negara, perkembangan konflik Rusia-Ukraine serta cuaca di Amerika Syarikat dan Amerika Selatan.

“Susulan situasi ini, statistik eksport pada bulan April mungkin agak mengelirukan memandangkan permintaan antarabangsa untuk minyak makan termasuk minyak sawit, adalah jauh lebih lemah. Harga April juga mungkin lebih rendah berbanding Mac namun kekal
pada paras yang belum pernah dicapai sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, harga MSM adalah pada purata RM6,300 setan, satu kadar yang jauh lebih tinggi daripada purata RM4,300 setan seperti yang diunjurkan penganalisis pasaran untuk 2022.

“Harga MSM berkemungkinan akan turun disebabkan aliran naik yang belum selesai dalam pengeluaran tandan buah segar (FFB).

“Namun begitu, harga MSM sepatutnya kekal tinggi disebabkan beberapa faktor yang dikenalpasti seperti isu bekalan, permintaan stabil, permintaan dari China dan kenaikan harga minyak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI