fbpx
Kebanyakan ibu bapa memilih menutup bekalan elektrik bagi peti sejuk pada waktu malam dan menyebabkan makanan di dalamnya menjadi basi. - Capital Repairs

Beri anak makanan basi kerana mahu jimat elektrik peti sejuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Tindakan segelintir ibu bapa di Britain yang bertindak menutup suis peti sejuk pada waktu malam bagi menjimatkan penggunaan elektrik dikhuatiri menjadi faktor penyebab anak-anak jatuh sakit akibat keracunan, lapor akhbar Metro UK, semalam.

Sebuah organisasi kebajikan, Truro Food Bank mendakwa banyak kes melaporkan kanak-kanak mengalami sakit perut kerana memakan makanan basi yang dibiarkan dalam peti sejuk tanpa elektrik.

Selain itu, terdapat beberapa kejadian di mana kanak-kanak terpaksa pergi ke sekolah dengan pakaian yang tidak dicuci kerana ibu bapa bermati-matian cuba menjimatkan penggunaan tenaga.

Kakitangan di bank makanan berkata, derma masyarakat kepada badan kebajikan telah menurun dan permintaan untuk makanan pula makin meningkat, sekali gus memberi tekanan lebih kepada masyarakat berpendapatan rendah.

Pengurus Truro Food Bank, Simon Fann memberitahu, pihaknya mula menerima laporan kes kanak-kanak mengalami keracunan makanan sejak akhir-akhir ini.

“Tahap keperluan makanan semakin meningkat dan mengatasi derma yang kami peroleh pada masa ini.

“Itu mungkin menunjukkan bahawa orang yang biasanya mampu menderma kini bergelut bagi memastikan bekalan makanan mereka sendiri mencukupi,” jelas Fann.

Dianggarkan setengah juta kanak-kanak Britain akan berada dalam ‘kemiskinan mutlak’ menjelang akhir tahun ini kerana tahap gaji minimum yang bergelut untuk bersaing dengan rekod paras inflasi.

Kenaikan cukai dan bil tenaga juga membawa kepada kejatuhan terbesar dalam taraf hidup di negara itu dalam tempoh 70 tahun. – Agensi

POPULAR