fbpx

Ustaz Kazim mohon bantuan carikan penawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Kazim berkongsi gambar keadaan tangannya di media sosial semalam.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim memohon bantuan orang ramai yang boleh mengubati penyakit dialaminya.

Beliau dalam satu hantaran di media sosial hari ini memuat naik gambar sebelah tangannya yang ditumbuhi beberapa ketulan kecil warna hitam.

“Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah,” katanya tanpa menyatakan apakah penyakit yang dialaminya itu.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati terhadap keadaan Ustaz Kazim dan mendoakan semoga penyakit dialaminya cepat sembuh.

Tidak kurang juga netizen yang berpendapat Ustaz Kazim sekali lagi menjadi mangsa sihir seperti dialaminya pada tahun lalu yang menyebabkan kaki kirinya membengkak.

Kosmo! Online pada 1 Oktober 2021 melaporkan Ustaz Kazim berada dalam keadaan kurang sihat dipercayai terkena buatan orang.

Beliau ketika itu mendakwa menemui kotak berisi abu dan gambarnya yang dibakar di pusat pengajiannya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI