fbpx

Luar setinggan, dalam hotel lima bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan klip video sebuah rumah milik warga emas yang 'daif' di luar, mewah di dalam.

PETALING JAYA – Luar setinggan dalam seperti hotel lima bintang.

Itu antara reaksi pengguna apabila melihat sebuah klip video yang memaparkan sebuah rumah milik warga emas yang kelihatan ‘daif’ di luarnya.

Bagaimanapun, selepas memasuki rumah ‘daif’ itu, kelihatan ia sangat mewah seolah-olah seperti sebuah hotel lima bintang yang dihiasi pelbagai barangan berwarna emas.

Lebih mengejutkan tandas milik rumah tersebut juga dihiasi dengan kelengkapan bilik air berwarna emas seolah-oleh seperti berada di hotel terkemuka di negara Arab.

Bagaimanapun, klip video tersebut tidak menyatakan di mana lokasi rumah tersebut dan bila tarikh klip video itu dirakam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna kagum dengan keadan dalaman rumah terbabit yang bukan sahaja mewah, tetapi lebih tersusun.

“Mula tengok sedih. Bila dia tunjuk dalam, memang menangis betul. Kenapa cantik sangat, siap ada ‘bath tub’,” tulis Fizan Wan Pani.

“Ini namanya kekayaan tidak ditunjukkan kepada orang lain, hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu,” kata Noryati Deraman.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Faridudin Fauzi.

“Ini baru betul-betul istilah luar setinggan dalam macam kondo,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI