fbpx

Cubaan lelaki pecah mesin ATM lebih sejam gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Unif forensik sedang menjalankan siasatan di sebuah bank di Tanah Merah selepas sebuah mesin ATM dipecah oleh seorang lelaki hari ini.

TANAH MERAH – Seorang lelaki pulang dengan tangan kosong selepas cubaannya selama lebih sejam untuk memecah sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di sini hari ini dengan mesin pencanai gagal ekoran mesin tersebut dilengkapi sistem kod keselamatan.

Kejadian disedari oleh kakitangan bank berkenaan selepas melihat satu daripada tiga buah mesin ATM di bank itu rosak dengan terdapat kesan ditebuk di bahagian bawah pada pukul 7.16 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman, semakan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati, seorang lelaki berjalan kaki dengan membawa sebuah kerusi plastik sebelum memasuki ruang mesin ATM bank berkenaan kira-kira pukul 1.59 pagi.

Menurutnya, suspek bertindak menutup CCTV di ruang mesin ATM menggunakan pita pelekat selain menampal kertas minyak pada pintu utama bagi mengelakkan perbuatannya dilihat.

“Hasil rakaman CCTV pada bahagian luar bank itu mendapati, suspek berusaha lebih satu jam untuk melarikan wang tunai di mesin ATM bermula pukul 1.59 pagi sebelum keluar pada 3.15 pagi dengan menggalas beg.

“Suspek dipercayai menggunakan mesin pencanai untuk memotong bahagian pintu mesin ATM itu namun gagal ekoran mesin itu dilengkapi kod keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Wan Zulfikri, semakan di dalam mesin itu mendapati masih ada baki wang sebanyak RM152,900 di dalamnya.

Katanya, sehubungan itu, polis sedant memburu suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 380/Seksyen 511 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI