fbpx

1,469 kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan sebanyak 1,469 kes dengan tiga kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,479,809 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,836 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,415,146 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (615 kes), Kuala Lumpur (219 kes), Pulau Pinang (123 kes), Negeri Sembilan (112 kes), Perak (95 kes), Johor (64 kes), Kedah (59 kes), Melaka (34 kes) dan Putrajaya (32 kes).

“Seterusnya, Sarawak (29 kes), Sabah (27 kes), Pahang (22 kes), Kedah (14 kes), Terengganu (13 kes), Labuan (enam kes) dan Perlis (lima kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, tiga kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,623 kes serta dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,545 kes.

Sebanyak 30,509 kes aktif dilaporkan melibatkan 29,271 kes dikuarantin di rumah, 20 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,182 kes di hospital, 19 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 17 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI