fbpx

Lelaki Indonesia maut ditetak rakan senegara yang ‘berhalusinasi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian di rumah kongsi Ladang PKNP Ganchong dekat Kampung Selamat di Pekan hari ini.

PEKAN – Seorang lelaki warga Indonesia maut ditetak rakannya yang dipercayai berhalusinasi kerana berada dalam pengaruh dadah di sebuah rumah kongsi di Ladang PKNP Ganchong dekat Kampung Selamat, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu mangsa dikenali sebagai Selamet berusia 45 tahun mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd. Zaidi Mat Zain berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa yang sedang berjalan ke tandas diserang suspek yang sedang mengamuk.

“Suspek kemudiaannya bertindak menetak mangsa pada bahagian siku, tangan sebelah kiri, bahu sebelah kanan dan kiri, leher kanan, dahi kepala, belakang kepala, leher sebelah kanan, dagu dan telinga sebelah kanan putus.

“Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan jenazahnya dibawa ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, polis turut menemui sebilah parang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

“Kita juga berjaya memberkas suspek dikenali sebagai Tony berumur 32 tahun di tepi jalan dekat Kilometer 26 Jalan Pekan-Kuantan.

“Hasil temu bual daripada saksi utama yang merupakan abang kandung mangsa menyatakan dia terserempak dengan suspek pada pukul 2 pagi dan kelihatan suspek sedang mundar-mandir di belakang rumah mangsa sambil memegang sebilah parang,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI