fbpx

KWP mahu tangani isu banjir di ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahidan (berdiri, tengah) menyerahkan duit raya kepada pelajar tahfiz pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) di Hotel Berjaya Times Square di sini, hari ini. /FOTO FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) komited dan akan terus memberikan perhatian untuk memastikan isu banjir kilat dapat dikurangkan serta dihapuskan pada masa hadapan.

Menterinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, usaha itu diambil berikutan peningkatan lokasi ‘hotspot’ banjir di sekitar Kuala Lumpur yang dikenal pasti baru-baru ini.

“Jika sebelum ini 25 kawasan dikenal pasti, sekarang ini sudah menjadi 28 kawasan. Disebabkan hujan yang lebat dan kerap, terdapat beberapa tempat baru yang perlu diberi perhatian.

“Daripada dapatan di lokasi dengan menggunakan kamera dan alatan terkini, kita dapat mengesan sedikit air mula mengalir hingga menyebabkan banjir kilat di kawasan terbabit,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majis Hari raya Aidilfitri Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) di sini hari ini.

Jelas beliau, setakat ini, seramai 10 petugas yang dilantik semasa musim perayaan dua minggu lalu telah ditempatkan di setiap 25 lokasi bersama dengan pam air.

“Bagaimanapun, kita akan tingkatkan kepada 20 sehingga 30 petugas di setiap kawasan selepas ini. Ia terdiri daripada kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sukarelawan KWP dan sukarelawan Majlis Perbadanan Putrajaya (MPP),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI