fbpx

Konsert Endemik Search sebuah justifikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEARCH yang dibarisi jentera otai dari zaman penubuhan berbesar hati untuk membuka gelanggang Zepp Hall menjelang Konsert Endemik Search pada 4 dan 5 Jun nanti.

IBARAT satu tubuh berkepala dua, Search yang kini dilihat terbahagi kepada dua jentera, masing-masing digerakkan dengan agenda berbeza.

Di sebalik perang dingin dan konflik yang tercetus, harapan peminat hanyalah satu perkara.

Sebagai penyokong dan pemuja Search dari dahulu hingga sekarang, peminat cuma mengharapkan muzik dan kelangsungan rock Search tidak terhenti oleh pergolakan zaman.

Bukankah ‘rock never dies’? Jadi sempena peralihan musim daripada pandemik kepada endemik ketika ini, kumpulan Search yang dianggotai oleh Amy, Nasir, Hillary Ang dan Man Kidal sedang bersiap-siaga menjelang agenda mereka untuk buat julung kalinya beraksi di gelanggang konsert terbaharu Zepp Hall Network Inc. Kuala Lumpur pada 4 dan 5 Jun nanti.

KONSERT Endemik Search juga buat pertama kali menyaksikan persandingan semula band asal Johor Baharu itu dengan gitaris pertama mereka, Hillary Ang, selain kehadiran semula Man Kidal bersama Search.

Muncul ketika khalayak dan negara sedang meraikan ‘kebebasan’ pendemik yang seolah-olah sudah berakhir pada masa sama Kuala Lumpur meriah dengan banyak agenda konsert beberapa nama besar tanah air, Amy menyifatkan tempoh inilah yang ditunggu-tunggu selama ini.

“Ya, saya rasa ini bagus untuk industri dan semua orang, kita sedang bergerak untuk kembali ‘all out’ ke arah lebih baik.

“Sebenarnya juga, hasrat untuk konsert ini muncul sejak kami buat single Endemik dan kami memang tertunggu-tunggu peluang ini,” kata Amy ketika sidang akhbar Konsert Endemik Search baru-baru ini.

Bukan hanya menjadi artis pembuka tirai beraksi di sebuah pentas tanah air yang sememangnya dibina untuk sebuah persembahan bertaraf antarabangsa, konsert berkenaan juga melakar sejarah apabila bakal menjadi momen pertama para peminat menikmati buah tangan terbaharu Search berjudul Endemik.

“Untuk lagu Endemik, kami balik kepada stail buat lagu enam minit macam zaman Teguh dulu. Biasanya lagu sekarang tak boleh panjang-panjang tapi kami mahu kembali ke zaman itu,” tambah Amy.

Ditanya justifikasi ’endemik’ sebagai judul lagu single baharu dan konsert, Amy menjelaskan, Endemik sebagai terjemahan terhadap kemarau pandemik yang dirasai semua orang selama ini.

“Endemik adalah terjemahan kepada pandemik dan bagaimana dunia kehilangan banyak orang yang tersayang,” katanya tertawa saat diusik, adakah endemik juga satu hal indah bagi mententeramkan ‘pandemik’ bersama serpihan kedua Search.

Seperkara yang menarik, selain memperkenalkan seorang pemain drum pengisi kerusi tinggalan Allahyarham Yazit, Konsert Endemik Search juga buat pertama kali menyaksikan persandingan semula band asal Johor Baharu itu dengan gitaris pertama mereka, Hillary Ang.

SEARCH menyifatkan konsert pertama musim peralihan pandemik ke endemik mereka nanti menjadi kebangkitan semula mereka untuk kembali menghangatkan industri muzik yang agak suram akibat Covid-19.

Sejak meninggalkan Search sekitar tahun 1988, inilah pentas pertama menyaksikan gitaris handalan itu sepentas dengan Amy dan Search.

“Orang kata kami rival (pesaing) tapi tak pernah macam tu, jadi inilah masanya,:” jelas Hillary.

Berbalik tentang konsert, Ketua Pegawai Eksekutif LOL Asia, Rizal Kamal selaku penganjur berkata, pihak amat berbesar hati dapat berkolaboratif tiga penjuru antara Search LOL Asia dan Zepp Kuala Lumpur sempena konsert kelak.

Berkapasiti 2,400 tempat duduk, LOL Asia bagaimanapun menjual hanya 1,600 tiket persembahan untuk satu malam sebagai sebahagian daripada SOP bagi mengurangkan risiko.

Tiket-tiket Konsert Endemik Search mula dijual sejak 28 April 2022. Layari lolasia.bigtix.io untuk maklumat lanjut berkenaan pembelian tiket.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI