fbpx

KL City bangkit atasi Sarawak United di Kuching

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapten KL City, Paulo Josue (jersi merah) cuba melepasi kawalan pertahanan Sarawak United, Gonzalo Soto dalam aksi di Stadium Negeri, Kuching, sebentar tadi. KL City menang 2-1. FOTO: IHSAN FB KL CITY

KUCHING – Semangat tidak berputus asa membuahkan hasil buat Kuala Lumpur City FC apabila pamer kebangkitan untuk menewaskan Sarawak United FC 2-1 di Stadium Negeri, Kuching, sebentar tadi.

Gol di lewat permainan menerusi pemain gantian, J Partiban mengesahkan tiga mata penuh buat pelawat dan kejayaan itu adalah kemenangan sulung KL City di tempat lawan musim ini.

Terdahulu, minit ke-15, tuan rumah terlebih dulu berada di depan menerusi pemain berpengalaman, S Chanthuru selepas rembatannya dari luar kotak penalti melepasi jangkauan penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza.

Seterusnya, KL City meningkatkan tempo permainan apabila dilihat menekan pemain lawan lebih awal dan usaha berterusan yang diatur nyata membuahkan hasil, memperoleh gol penyamaan menerusi ketua pasukannya, Paulo Josue pada minit ke-36.

Sepuluh minit selepas aksi bersambung, Nur Shamie Iszuan Amin sekali lagi mempersiakan situasi satu lawan satu dengan Mendoza selepas tolakannya sedikit serong ke sebelah kiri pintu gol KL City.

Memasuki minit ke-70, Sarawak United seakan lebih garang apabila dilihat berjaya mengawal permainan dengan baik namun seakan sukar untuk memasuki kotak penalti lawan manakala KL City pula dihimpit kekecewaan kerana gagal menyudahkan beberapa peluang terbaik.

Minit ke-89, sedikit kelekaan di benteng pertahanan tuan rumah akhirnya mengundang padah apabila kesempatan itu berjaya dimanfaatkan Partiban untuk menghasilkan gol kemenangan buat KL City. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI