fbpx

Ibu bapa perlu waspada gejala HFMD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin bercakap kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2022 di PICC, Putrajaya hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Ibu bapa diminta lebih peka dan cakna terhadap status kesihatan anak masing-masing termasuk gejala penyakit berjangkit tangan, kaki dan mulut (HFMD) susulan peningkatan kes pada tahun ini berbanding sebelum pandemik Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, peningkatan kes HFMD pada masa ini adalah membimbangkan dan beliau telah arahkan semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk melaksanakan tindakan intervensi terutama hebahan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

“Seterusnya hebahan orang ramai berkenaan kes HFMD yang ada di kawasan mereka supaya ibu bapa tahu tentang kes dan tempat yang terlibat. Saya mohon terutama ibu bapa yang ada anak kecil supaya dapat tingkatkan lagi kebersihan kendiri dan anak mereka.

“HFMD ini dijangkiti antara lain melalui air liur dan biasanya kanak-kanak kecil akan meletakkan tangan di dalam mulut dan selepas itu bermain dengan mainan serta berkongsi,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.

Tambah beliau, pembukaan tadika dan taska serta pra-sekolah juga antara sebab berlaku peningkatan kes HFMD yang agak ketara pada ketika ini.

“Kalau kita lihat kes HFMD tahun ini dengan tahun-tahun sebelumnya, kita tolak tahun pandemik Covid-19 pada 2020 dan 2021. Kita rujuk balik tahun 2019 dan 2018 serta mendapati, kes HFMD tahun ini lebih tinggi daripada tahun sebelum pandemik,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, ibu bapa perlu melihat kepada gejala HFMD dan ini penting memandangkan pada awalnya penyakit ini boleh menjadi gejala sama seperti Covid-19 iaitu demam dan hari berikutannya pula mengalami ruam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI