fbpx

Harshvarrdhan Kapoor tidak hiraukan populariti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARSHVARRDHAN KAPOOR

PELAKON Harshvarrdhan Kapoor tidak pernah berkecil hati apabila namanya kurang dikenali berbanding pelakon lelaki lain dalam industri perfileman Bollywood.

Ujar pelakon berusia 31 tahun itu, biarpun tidak begitu popular, dia banyak diberi peluang membintangi filem yang boleh meninggalkan kesan kepada penonton.

Sebagai contoh, debut lakonannya berjudul Mirzya arahan Rakeysh Omprakash Mehra pada 2016 menjadi titik permulaan kerjayanya dalam bidang lakonan selepas memberikan persembahan cemerlang sebagai Munish atau Adil.

“Saya bukan tidak dikenali langsung. Cuma nama kurang menyerlah berbanding bintang besar yang lain.

“Tapi tidak mengapa. Kerana saya masih menjadi pilihan untuk menjayakan karya hebat,” katanya.

Pada 2018, Harshvarrdhan menjadi perhatian ramai selepas membintangi sebuah filem adiwira berjudul Bhavesh Joshi Superhero, sekali gus menjadi antara filem paling laris dalam Netflix.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI