fbpx

Gadis maut payung terjun gagal terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hourcastagnou merupakan seorang penerjun udara berpengalaman dengan lebih 100 terjunan telah dilakukan. - @romane.hourcastagnou/Newsflash

STRASBOURG, PERANCIS – Seorang wanita di Perancis maut ketika melakukan aktiviti terjunan udara selepas payung terjun yang digunakan gagal terbuka, mengakibatkan mangsa jatuh terhempas di atas tanah, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Romane Hourcastagnou, 23, yang berasal dari bandar Strasbourg merupakan seorang penerjun udara berpengalaman dengan lebih 100 terjunan telah dilakukan.

Dalam kejadian tersebut, gadis itu sedang melakukan aktiviti terjunan udara berhampiran dengan rumahnya bersama-sama dengan sekumpulan 10 orang penerjun berpengalaman lain.

Menurut laporan media tempatan, mangsa melompat dari sebuah pesawat pada ketinggian 1,000 meter, namun payung terjun yang digunakan gagal terbuka atas faktor yang tidak diketahui.

Saksi berkata, mangsa cuba melakukan gerakan kecemasan, namun gagal bertindak demikian disebabkan faktor ketinggian dan kelajuan terjunannya. Dia kemudian jatuh ke atas tanah dalam hanya beberapa saat.

Beberapa penerjun lain cuba membantu mangsa, namun tidak berjaya. Dia disahkan mati di tempat kejadian.

“Kami menyaksikan kemalangan itu dengan penuh rasa kesal kerana tidak dapat membantunya.

“Selepas payung terjun Hourcastagnou gagal terbuka, impak ketika dia jatuh ke atas tanah amat mengerikan,” kata seorang saksi.

Pasukan kecemasan dikejarkan ke lokasi kejadian, namun mereka mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke rumah mayat terdekat.- Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI