fbpx

Bandar bawah tanah Finland kebal letupan nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fasiliti lengkap yang disediakan dalam bandar bawah tanah Helsinki yang boleh memuatkan 900,000 penduduk. - Twitter

HELSINKI – Satu laporan mendedahkan Finland telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan berlakunya malapetaka nuklear menerusi pembinaan sebuah bandar bawah tanah, lapor laman berita Wion News, kelmarin.

Pihak berkuasa Finland dikatakan telah membina sebuah bandar besar di bawah ibu kota, Helsinki yang turut mempunyai taman permainan, gelanggang hoki dan kolam renang.

Bandar bawah tanah itu mempunyai lebih 500 tempat perlindungan yang mampu menempatkan 900,000 orang. Ia mewakili satu pertiga lebih banyak daripada jumlah keseluruhan penduduk bandar itu.

Foto dan video seluruh bandar yang hanya menanti masa untuk dihuni itu menjadi tular selepas dimuat naik di laman Twitter.

Memandangkan Finland tidak dilindungi oleh pakatan tentera, bandar bawah tanah itu dicipta untuk melindungi penduduk sekitar Helsinki.

“Sebagai sebuah negara yang berkecuali, kami perlu melindungi diri, dan ini adalah cara kami melakukannya.

“Tempat perlindungan bawah tanah yang dibina di batuan dasar Finland berasal daripada pengalaman kami dalam Perang Musim Sejuk dan semasa Perang Dunia Kedua. Kami semua mempunyai saudara mara yang menderita melalui trauma itu,” kata Ketua Komunikasi di Jabatan Penyelamat Bandar Helsinki, Anna Lehtiranta.

Tempat perlindungan bawah tanah itu mula dibina pada tahun 1960-an selepas kerajaan menggali lebih 9 juta meter padu batuan dasar di bawah Finland untuk menempatkan lebih ramai orang.

Pintu masuk tempat perlindungan itu dibina dengan teliti di bawah tanah serta amat tebal sehinggakan letupan nuklear tidak dapat meninggalkan kesan, dakwa pegawai Finland. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI