fbpx

Tiada aktiviti pembalakan di Gunung Suku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat menyelusuri laluan air bagi mencari dua pendaki wanita yang dilaporkan hilang di Gunung Suku, Simpang Pulai, Ipoh hari ini.-Foto JBPM PERAK

IPOH – Tiada aktiviti pembalakan di kawasan Hutan Simpan Bukit Kinta (Gunung Suku) dekat Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini iaitu lokasi dua pendaki wanita hilang.

Kejadian disebabkan fenomena kepala air hingga menyebabkan dua pendaki wanita dihanyutkan arus deras semalam.

Jabatan Perhutanan Negeri Perak dalam kenyataannya memaklumkan, kejadian kepala air itu dipercayai berpunca hujan lebat pada awal pagi semalam di kawasan berkenaan.

“Berdasarkan semakan, tiada sebarang lesen pembalakan di sekitar lokasi kejadian.

“Pihak jabatan akan menutup sementara kebenaran mendaki Gunung Suku ekoran keadaan yang agak bahaya ketika ini,” kata kenyataan itu.

Semakan Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung mendapati, kehilangan dua pendaki itu berlaku pada sebahagian kompartmen 115 Hutan Simpan Bukit Kinta, daerah Hutan Kinta/Manjung.

Gunung Suku terletak lebih kurang 30 kilometer dari Balai Polis Simpang Pulai iaitu di Jalan Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI