fbpx

Penjaga sementara disyaki dera budak 3 tahun ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Polis memberkas seorang pekerja kontraktor sambilan yang disyaki mendera kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dalam kejadian di Pandan Perdana, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis menahan lelaki itu yang merupakan penjaga sementara kepada kanak-kanak terbabit pada pukul 5.40 petang, di sini hari ini.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap suspek berusia 41 tahun itu yang bekerja sebagai kontraktor sambilan di Jalan Besar Taman Dagang.

“Suspek adalah kawan kepada bapa mangsa yang diminta untuk menjaga budak lelaki itu kerana ibu bapa kandungnya menjalani hukuman penjara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, suspek yang ditahan mempunyai tiga rekod dadah dan satu rekod lampau jenayah komersil.

“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang esok bagi tujuan permohonan reman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kejadian dera itu disedari seorang lelaki yang menemui kanak-kanak terbabit pada pukul 1 petang dengan kesan kecederaan di muka dan badannya sebelum ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI