fbpx

Anak disaman RM2.6 juta gagal beri cucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sanjeev dan Sadhana hanya mahukan cucu, tidak kira jantina sebagai peneman hari tua. - ANI

NEW DELHI – Sepasang suami isteri di India nekad menyaman anak lelaki tunggal mereka sebanyak AS$610,795 (RM2.6 juta) kerana tidak mengurniakan cucu buat pasangan itu, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Sanjeev Prasad, 61, dan isteri Sadhana, 57, memfailkan petisyen terhadap Shrey Sagar dan isterinya Shubhangi, yang berkahwin pada 2016 dan masih tidak mempunyai anak.

Perkahwinan itu diatur keluarga dan mereka juga dihantar ke Thailand untuk berbulan madu bagi melahirkan waris keluarga.

Dalam petisyen surat saman tersebut, Shrey dan Shubhangi diarahkan melahirkan zuriat dalam tempoh setahun atau membayar saman kepada ibu bapa mereka.

Shrey yang merupakan seorang juruterbang terlatih telah dihantar melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat (AS) dengan yuran serta perbelanjaan ditanggung penuh oleh ibu bapanya.

“Kami berhak mendapat kebahagiaan sebagai datuk dan nenek tetapi anak menantu seperti tidak mahu menunaikan impian tersebut. Jadi, kami mahu menuntut ganti rugi,” kata Sanjeev.

Sajneev juga menulis dalam hujah mahkamah ibu bapa bahawa mereka terpaksa membuat pinjaman untuk membina rumah dan kini berdepan masalah kewangan.

“Kami juga mengalami tekanan perasaan kerana kesunyian tanpa kehadiran cucu untuk menemani hari-hari tua,” ujarnya.

Pertuduhan yang dikemukakan ke Mahkamah Daerah Haridwar disenaraikan sebagai penyakit mental dan gangguan atau secara teknikalnya dilabelkan sebagai kes keganasan rumah tangga. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI