fbpx

Agong berangkat ke Abu Dhabi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al- Sultan Abdullah.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan supaya bendera peribadi Baginda dikibarkan separuh tiang selama lima hari bermula hari ini di Istana Negara.

Ia sebagai tanda berkabung Seri Paduka Baginda atas pemergian Almarhum Presiden Emiriah Arab Bersatu dan Pemerintah Abu Dhabi, Yang Mulia Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan ke Rahmatullah semalam.

Istana Negara dalam kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda turut menitahkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil di masjid-masjid di Wilayah Persekutuan selama tiga hari bermula hari ini.

“Bacaan Yasin dan tahlil ini adalah untuk dihadiahkan kepada Almarhum pada masa sama, Seri Paduka Baginda turut mengajak rakyat bersama Baginda mendoakan agar roh Almarhum dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Semalam, Seri Paduka Baginda telah menghubungi Yang Mulia Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan menerusi panggilan telefon untuk menzahirkan ucapan takziah secara peribadi Baginda kepada beliau dan seluruh keluarga,” kata kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan tersebut, Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu mempunyai hubungan dua hala yang rapat serta mesra di pelbagai peringkat termasuk kedua-dua pemimpin negara dan rakyat.

“Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke Abu Dhabi esok untuk bersama-sama ketua-ketua negara dan kerajaan lain untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum.

“Istiadat penghormatan terakhir Almarhum dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga 16 Mei,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN