fbpx

Ebit Lew ziarah golongan transgender di Surabaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit menziarahi golongan transgender di Surabaya, Indonesia.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew berkongsi pengalaman menziarahi golongan transgender ataupun maknyah di Surabaya, Indonesia.

Ebit dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, kehadirannya di lorong gelap tempat bekerja golongan itu disambut baik dan dia sempat berbual dan bertanya khabar.

“12 malam tadi saya ziarah transgender atau maknyah yang bekerja di lorong gelap di Surabaya. Sebaik saya sampai saya beri salam dan berbual tanya khabar dan dakwah iman pada mereka. Mereka kata eh, ini Ebit lew ya? Yang suap anak Punk makan ya? Macam mimpi jumpa di sini.

“Berbual sekejap nampak ada yang sebak walau di lorong gelap disitu. Ada yang semenjak 14 tahun dah kerja di lorong sehingga sekarang. Ada yang menyara ibu lumpuh. Macam-macam kisah disebalik mereka. Saya cerita Allah sayang kita beri kita iman. Kita semua belum tahu nasib akhir kita di sana. Saya dan kita sama-sama berusaha untuk akhirat. Jaga solat dan ibubapa serta menjauhi yang haram,” katanya.

Ebit berkata, golongan transgender itu juga ada bertanga mengenai solat dan lain-lain hal berkaitan agama selain dia turut meluangkan masa mengajak golongan itu menjamu selera di sebuah hotel.

“Mereka tanya pasal solat dan lain-lain. Doa-doa. Saya terus kata malam ni semua cuti boleh. Saya nak belanja makan di hotel serta boleh tanya apa sahaja. Mereka gembira untuk ikut.

“Sampai di hotel, banyak soalan dan luahan mereka. Yang halal itu halal. Yang haram tetap haram. Yang utama usaha kita untuk dekat pada Allah dan melaksanakannya. Ada yang kata bagaimana ye nak mula cari rezeki yang halal. Nak dekat dengan Allah. Rindu pada Allah,” ujarnya.

Tambah Ebit, dia bersyukur dapat berkongsi ilmu nasihat serta kasih sayang dengan golongan tersebut.

“Menangis mereka bila saya suap dan berkongsi cerita iman dengan kasih sayang. Walau sekejap terasa rapat dan macam kawan-kawan. Alhamdulillah dapat berkongsi ilmu nasihat dan kasih sayang.

“Mereka kata kami dah lama tak dengar semua ini. Tak pernah rasa dalam hidup di layan begini dan dinasihati begini. Kami berkongsi nasihat dan belajar solat sampai dekat Subuh. Khusuk dan tekun mereka mendengar.

“Katanya ustaz datang lagi ya. Ramai kawan kami yang lain ingin berjumpa ustaz. Semoga Allah terima dan jadikan asbab kebaikan dan hidayah,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI