fbpx

91 peratus Great Barrier Reef musnah akibat gelombang haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan keadaan terumbu karang Great Barrier Reef yang luntur di luar pantai negeri Queensland, Australia. - AFP

CANBERRA – Gelombang haba musim panas yang berterusan di Australia telah menyebabkan 91 peratus Great Barrier Reef atau Terumbu Karang Besar yang terletak di perairan negara itu musnah akibat pelunturan. 

Berdasarkan laporan pemantauan baharu oleh kerajaan, rekod pelunturan terumbu karang itu adalah yang pertama dilaporkan dan berlaku semasa kitaran La Nina apabila suhu kebiasaannya dijangka lebih sejuk.

Laporan bertajuk The Reef Snapshot itu mendedahkan butiran baharu mengenai kemusnahan akibat ‘pelunturan besar-besaran’ kali keempat yang dialami oleh ekosistem terumbu karang terbesar di dunia itu sejak 2016. Ia kali pertama didedahkan pada Mac lalu.

“Perubahan iklim semakin memuncak dan Great Barrier Reef sedang mengalami kesan daripadanya,’’ demikian menurut laporan itu.

Pihak Berkuasa Taman Laut Great Barrier Reef yang menerbitkan laporan itu kelmarin, telah menjalankan tinjauan secara meluas pada terumbu yang tersenarai dalam Tapak Warisan Dunia itu antara September 2021 hingga Mac 2022.

Laporan itu mendapati bahawa selepas air laut mula memanas sejak Disember tahun lalu, ketiga-tiga kawasan utama pada terumbu itu mengalami pelunturan. Fenomena itu berlaku apabila tekanan pada terumbu menyebabkan alga berwarna terang terhakis dan ia bertukar warna putih.

Walaupun bahagian yang luntur masih hidup dan akan pulih, terumbu karang yang terhakis mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi, jelas laporan tersebut.

Laporan itu turut mendedahkan bahawa daripada 719 terumbu yang ditinjau, 654 atau 91 peratus daripadanya menunjukkan beberapa tahap pelunturan.

Pada bulan hadapan, Jawatankuasa Tapak Warisan Dunia dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka memutuskan sama ada untuk menyenaraikan Great Barrier Reef  sebagai berada ‘dalam bahaya’ atau sebaliknya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI