fbpx

1.5 juta pelawat tiba di Madinah sepanjang musim umrah tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ dari udara menunjukkan jemaah sedang menunaikan ibadah di Masjid Nabawi pada bulan Ramadan. - AFP

RIYADH – Jumlah jemaah dan pelawat yang tiba di Madinah menggunakan laluan udara, darat dan laut sejak awal musim umrah tahun ini adalah berjumlah 1,542,960 orang dengan 1,300,380 daripadanya sudah pulang ke lokasi masing-masing, lapor akhbar Saudi Gazette.

Menurut Agensi Kementerian Haji dan Umrah bagi Hal Ehwal Lawatan di Madinah, baki seramai 242,580 jemaah masih berada di situ sehingga Isnin lalu.

Statistik menunjukkan bilangan pelawat paling ramai ke Madinah berdasarkan kewarganegaraan pada musim umrah kali ini didahului oleh Iraq dengan seramai 313,815 orang, Pakistan (201,003 jemaah) dan Indonesia (171,898 orang).

Dalam pada itu, jumlah permit yang dikeluarkan secara elektronik untuk memenuhi ruang solat Raudah di Masjid Nabawi pada bulan Ramadan adalah berjumlah 262,781 orang termasuk 116,045 permit untuk wanita.

Jumlah permit yang dikeluarkan untuk solat di Raudah sejak awal musim umrah pula mencapai 2,785,720 permit menerusi aplikasi Eatmarna.

Selain itu, pasukan susulan dan pemeriksa juga telah melaksanakan 900 lawatan turun padang bagi menyemak tahap perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat umrah sepanjang bulan Ramadan.

Seramai 950,000 pelawat mengambil bahagian dalam soal selidik untuk mengukur tahap kepuasan pengunjung terhadap tahap perkhidmatan yang ditawarkan itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI