fbpx

Rumah jadi stor simpanan minyak masak, tepung gandum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota KPDNHEP dan PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor memeriksa minyak masak yang dirampas dalam serbuan di Kampung Bukit Merah Dalam, Tanah Merah semalam. FOTO: IHSAN KPDNHEP KELANTAN

TANAH MERAH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menyerbu sebuah rumah yang dijadikan sebagai stor untuk menyimpan minyak masak bersubsidi dan tepung gandum di Kampung Bukit Merah Dalam di sini semalam.

Serbuan yang turut disertai oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor itu dijalankan pada pukul 10 pagi selepas mendapati rumah berkenaan tidak mempunyai lesen sah untuk menyimpan barangan kawalan dalam kuantiti yang banyak.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, pemeriksaan lanjut di rumah itu telah menemui minyak masak peket bersubsidi seberat 408 kilogram di bawah garaj dalam kawasan rumah berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut turut menjumpai sebanyak 840 kg tepung gandum di situ.

“Nilai keseluruhan rampasan minyak masak peket dan tepung gandum dianggarkan berjumlah RM3,120.

“KPDNHEP Kelantan tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau peniaga yang melanggar undang-undang terutamanya melibatkan penyelewengan barang kawalan bersubsidi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Aswadi, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI