fbpx

Mavcom siasat isu jadual penerbangan diubah sesuka hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah mengarahkan semua syarikat penerbangan bagi menyerahkan segala data berhubung gangguan jadual perjalanan.

Mavcom dalam satu kenyataan berkata, ia memaklumkan bahawa maklumat sepanjang tempoh perayaan dari 29 April sehingga 9 Mei itu penting bagi menilai punca asas kepada isu tersebut.

“Data yang dimohon ini termasuk informasi berkaitan penerbangan berjadual yang dirancang oleh operator tersebut berbanding jumlah penerbangan yang dijadualkan semula,” katanya hari ini.

Mavcom merujuk kepada aduan yang diterima berhubung tindakan syarikat penerbangan membuat perubahan secara sembarangan jadual tanpa ada notis mencukupi kepada pengguna.

Isu berkenaan tular diperkatakan ramai warganet yang meluahkan kekecewaan dengan tahap perkhidmatan disediakan apabila terpaksa membuang masa dengan menunggu begitu lama.

Mengulas lanjut, suruhanjaya tersebut berkata, siasatan yang dilaksanakan selaras dengan mandat Mavcom bagi menegakkan dan memelihara hak pengguna penerbangan negara ini.

“Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC) diperkenalkan pada 2016 lalu dan diperkukuhkan lagi pada 2019 bagi bertindak sebagai titik rujukan pengguna,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI