fbpx

Bapa pakai lampin ditegah jumpa anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEGHAIRAHAN lelaki itu untuk memakai lampin orang dewasa berpotensi merosakkan psikologi anak-anaknya. – Shutterstock/Bearfotos

CANBERRA – Seorang lelaki di Australia telah dilarang untuk berjumpa dengan anak-anaknya kerana mempunyai keghairahan untuk memakai lampin orang dewasa, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Keputusan itu dikeluarkan oleh Mahkamah Keluarga Australia selepas bekas isteri lelaki berkenaan enggan berkongsi hak penjagaan anak-anak mereka. Identiti lelaki tersebut bagaimanapun tidak didedahkan oleh pihak berkuasa.

Hakim Mahkamah Keluarga, Hilary Hannan berkata, anak-anak kepada seorang lelaki yang mempunyai keghairahan memakai lampin boleh terjejas secara psikologi jika terdedah kepada gaya hidup bapa mereka.

“Saya mempunyai keraguan yang besar dan sukar menerima bahawa defendan mempunyai kesanggupan atau kapasiti untuk menolak bagi terlibat dalam tingkah laku yang dipersoalkan serta hubungannya dengan masyarakat,” kata Hannan. 

Tambah beliau, ia juga tidak dapat dielakkan sekiranya anak-anak defendan berpotensi terdedah kepada tabiat anehnya yang didakwa akan memberi kesan buruk kepada mereka.

Bekas isteri defendan sebelum itu memutuskan untuk berpisah selepas dia mengetahui tentang gaya hidup pelik lelaki itu. 

Wanita itu juga telah bersetuju untuk berkongsi hak penjagaan dengan defendan, dengan syarat dia menjauhkan keghairahannya daripada anak-anak mereka. 

Namun, perkara sebaliknya berlaku pada 2019 apabila defendan mengunjungi rumah bekas isterinya itu dengan memakai lampin, menyebabkan wanita tersebut memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Pada 2021, mahkamah memutuskan bahawa defendan tidak dibenarkan berjumpa dengan anak-anaknya. Keputusan itu mendorongnya membuat rayuan dengan menyatakan bahawa dia tidak menimbulkan risiko kepada anak-anaknya.

Namun tuntutannya ditolak pada 13 April lalu. Dia kini memutuskan untuk membuat rayuan di mahkamah tinggi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI