fbpx

Thailand pertimbang larang eksport minyak sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja ladang di Krabi mengangkut kelapa sawit yang baru dikait. - Bangkok Post

BANGKOK – Peladang kelapa sawit, pengekstrak dan pengeluar minyak telah berjanji dengan Jabatan Perdagangan Dalam Negeri Thailand untuk cuba mengekalkan harga minyak sawit botol antara 64 (RM8.14) dan 66 (RM8.41) baht per liter (/L).

Menurut laporan Thai PBS, wakil tiga pihak tersebut memberitahu wakil kerajaan bahawa ia boleh dilaksanakan semasa mesyuarat minggu lalu yang diketuai oleh ketua jabatan itu, Wattanasak Sur-iam.

Jabatan itu telah meminta kerjasama daripada industri minyak sawit domestik bagi mengelak daripada kerajaan mempertimbangkan untuk mengenakan larangan eksport minyak sawit atau mewajibkan peningkatan dalam stok keselamatan minyak sawit sebanyak 200,000 hingga 300,000 tan.

Menurut Wattanasak, ketiga-tiga pihak diberitahu bahawa larangan eksport mungkin dipertimbangkan jika stok minyak sawit tempatan jatuh di bawah 300,000 tan.

Pengekstrak minyak sawit Thailand bergegas menambah stok benih sawit mereka dengan jangkaan kenaikan harga selepas Indonesia memutuskan untuk mengharamkan eksport minyak sawit berkuat kuasa 28 April lalu.

Setakat 5 Mei, harga benih sawit yang digunakan untuk menghasilkan minyak sawit, meningkat kepada paras tertinggi baharu iaitu lebih sedikit 12 baht/kg (RM1.53/kg) di Surat Thani dan Krabi, dua pengeluar utama benih sawit. 

Harga purata bagi benih sama pada sebulan lalu adalah 10 baht/kg (RM1.27/kg).

Kenaikan itu telah mendorong harga minyak sawit mentah daripada 55 hingga 56 baht/kg (RM7/kg hingga RM7.13/kg) kepada 59 hingga 62 baht/kg (RM7.51/kg hingga RM7.89/kg) .

Bagaimanapun, harga minyak sawit botol semua jenama di kedai-kedai tempatan telah meningkat kepada antara 69/L (RM8.78) dan 70 baht/L (RM8.91). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI