fbpx

Anak kelahiran Muar dilantik Timbalan Ketua Juruteknologi NASA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Florence Tan yang dilahirkan di Muar, Johor kini dilantik sebagai Timbalan Ketua Juruteknologi NASA.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan perasaan bangga dengan pencapaian seorang rakyat negeri ini yang menempa nama di peringkat antarabangsa.

Hal itu ekoran kejayaan Florence Tan yang telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Juruteknologi di Ibu Pejabat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Florence Tan merupakan seorang anak kelahiran Muar, Johor yang datang daripada perkampungan nelayan.

“Saya mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa bangga atas kejayaan anak kelahiran Johor ini hingga menempa nama di luar negara.

“Ini juga merupakan satu kejayaan yang turut membanggakan rakyat serta mengharumkan nama Johor diperingkat antarabangsa,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sultan Ibrahim turut bertitah agar pencapaian anak kelahiran Johor itu menjadi dorongan serta inspirasi kepada seluruh rakyat untuk mencatatkan lebih banyak kejayaan diperingkat dunia.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI