fbpx

Kamarudin ke Britain bertemu pemimpin Komanwel, pameran tenun Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarudin

PUTRAJAYA – Lawatan kerja Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar ke Britain mulai hari ini bakal dipenuhi jadual padat dengan pelbagai program diatur semasa berada di sana.

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini, beliau antaranya dijangka bertemu dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Komanwel, Patricia Janet Scotland di Marlborough House, London.

“Mereka berdua bakal berbincang dan bertukar pandangan berhubung kaedah terbaik bagi memperkukuhkan lagi kerjasama antara Malaysia dan organisasi global berkenaan,” katanya.

Komanwel yang ditubuhkan sejak 1926 lalu menerusi Deklarasi Balfour pada ketika ini dianggotai sejumlah 54 buah negara bekas jajahan Britain dengan dipimpin oleh Ratu Elizabeth II.

Kamarudin, tambah kenyataan tersebut, kemudian dijadualkan menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika persinggahannya di London pada 10 Mei ini.

Beliau bakal mengiringi pemimpin negara itu ke pameran Tenun Pahang: Menenun Harapan yang berlangsung di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London.

Acara khas itu yang mendapat perkenan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah diadakan bersempena Minggu Kraf London bermula esok sehingga 15 Mei depan.

“Seterusnya beliau mengiringi Perdana Menteri ke majlis Hari Raya Puasa bersama Keluarga Malaysia di London yang akan disertai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Zakri Jaafar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI