fbpx

Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI lincah Intan Najuwa yang memasak pada malam raya dipuji kerana dia tidak kekok berada di dapur.

DISEBABKAN sambutan raya tahun ini agak mengejut, ramai yang membuat persiapan dalam keadaan kelam kabut.

Macam-macam ragam orang ramai yang Diva lihat dalam media sosial termasuk golongan selebriti.

Salah seorangnya ialah si cantik manis Intan Najuwa yang bertungkus lumus memasak juadah hari raya bersama ahli keluarganya. Dengarnya sampai tidur lewat.

Aksinya yang tidak kekok sepanjang membuat kerja-kerja dapur seperti memasak membuatkan ramai ‘terpukau’.

Rata-rata netizen memuji ‘kelincahan’ Intan di dapur dan ada pula yang melabelnya sebagai calon menantu edisi terhad.

“Ini baru betul layak hantaran RM20,000 atau RM30,000. Rajin, cerdik dan cantik,” komen netizen.

“Calon menantu limited edition. Tiada dijual di pasar raya ya,” seloroh seorang lagi netizen.

Memang banyak komen memuji. Nampak gayanya, berebutlah bakal ibu mentua yang nak jadikan Intan sebagai menantu.

DIVA: Tak faham kenapa gaya baju Melayu dengan kasut sneakers dikecam. Fesyen sangat subjektif dan sepatutnya tiada had.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI