fbpx

25 kenderaan disita menerusi Op Samseng Jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapsyen - Antara kenderaan yang ditahan semasa Op Samseng Jalanan, Op Motosikal/Pelbagai Kesalahan baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 25 kenderaan disita dalam Op Samseng Jalanan, Op Motosikal/Pelbagai Kesalahan bermula pada 6 Mei sehingga hari ini.

Operasi yang diadakan di sekitar pusat bandar, Jalan Genting-Klang, Jalan Kuching, Jalan Raja Laut, Jalan Loke Yew dan Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE) itu disertai 14 pegawai dan 81 anggota polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, secara keseluruhan, sebanyak 1,250 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Sebanyak 22 motosikal dan tiga kereta disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengguna Jalan raya (APJ) 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan dan ekzos,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, seramai lapan lelaki berusia 23 hingga 47 tahun turut ditahan di bawah Seksyen 45(A) APJ kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Seorang lelaki berusia 18 tahun disyaki menunggang motosikal curi bersabit kes di Sungai Pelong juga ditahan,” ujarnya.

Sementara itu, Sarifudin memberitahu, seorang lelaki berusia 45 tahun turut ditahan kerana memiliki heroin dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk tindakan selanjutnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI