fbpx

Selepas suami, Anita Baharom kehilangan ibu tercinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANITA kehilangan ibu tercinta, Wirmah Pawanchee yang menghembuskan nafas terakhir semalam.

PETALING JAYA – Selepas empat bulan kehilangan suami yang meninggal dunia dalam tidur pada 1 Januari lalu, kehidupan pelakon Anita Baharom sekali lagi diuji apabila ibu tercintanya pula pergi menghadap Ilahi semalam.

Anita menerusi perkongsian dalam Instagramnya memaklumkan bahawa dia kehilangan ibunya, Wirmah Pawanchee yang meninggal dunia pada usia 74 tahun.

Anita, 39, memuat naik foto tangannya memegang tangan allahyarham yang diselubung dengan kain batik.

“Innalillahiwainnailahirojiun. Mak Ita (panggilan dirinya) dah tak ada. Makkkk.

“Wirmah binti Pawanchee. Al-Fatihah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Anita bagaimanapun tidak berkongsi punca pemergian ibunya, namun menerusi perkongsian dalam Instagram pada 30 Januari lalu, dia ada memuat naik gambar bersama arwah ibunya yang ketika itu sedang terlantar sakit.

Pelakon drama Tetuan Ang & Rahimin itu menerusi satu perkongsian InstaStory beberapa jam lalu memaklumkan jenazah ibunya dimandikan, disembahyangkan serta selamat dikebumikan di Masjid Al Amin Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah pukul 8 pagi tadi.

Perkhabaran duka tersebut membuatkan ramai rakan selebriti dan netizen tumpang bersimpati atas kehilangan dilalui Anita.

Mereka tidak henti-henti menitipkan doa dan semangat buat Anita agar terus kuat menempuh kehidupan mendatang selepas melalui episod perit kehilangan orang tersayang selang beberapa bulan.

“Innalillahiwainnailahirojiun. Besar dugaan Ita. Ita kuat okey. Takziah Ita, Abang Zul dan keluarga,” tulis pelakon Amar Baharin.

“Semoga Ita terus kuat adik. Ujian demi ujian dalam hidupmu. Ya Allah permudahkan segalanya dalam hidup Ita,” titip Zarina Zainuddin.

Terdahulu pada 1 Januari lalu, Anita kehilangan suami tercinta, Ismadi Ismail, 50, meninggal dunia dalam keadaan tiba-tiba di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam, Selangor sekitar pukul 8 pagi.

Ismadi meninggalkan Anita bersama tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI