fbpx
SEORANG tukang kebun melihat wajah seekor singa mengintainya dari dalam semak. – Twitter

Sekampung riuh lelaki sangka beg adalah seekor singa sesat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI, Kenya – Sebuah perkampungan di Kenya dikejutkan dengan penemuan sebuah beg yang disalah anggap sebagai seekor singa yang sesat, lapor akhbar Metro UK. 

Beg tersebut telah diletakkan di kawasan semak samun di kampung Kinyana yang berjarak hanya satu kilometer dari Taman Negara Gunung Kenya. 

Bagaimanapun, seorang pekerja ladang telah melihat beg itu lalu menyangka bahawa seekor singa sedang bersembunyi di bawah semak dan bersedia untuk menerkam.

Setelah menghubungi pihak berkuasa, tiga pegawai hidupan liar yang lengkap bersenjata bergegas ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan itu.

Mereka tidak menemui singa sebaliknya sebuah beg yang diletakkan oleh seorang wanita yang merupakan pemilik rumah berdekatan. 

Wanita itu meletakkan anak-anak pokok alpukat di dalamnya dan kerana tidak mahu ia kering di bawah matahari, dia meletakkannya di sebalik dedaun yang merimbun.

“Kami bertindak balas terhadap insiden itu dengan berhati-hati dan serius. Pada awalnya kami memastikan semua orang selamat sebelum pegawai hidupan liar menyiasat dan mendapat ia adalah beg,’’ kata ketua kampung, Cyrus Mbijiwe kepada Badan Penyiaran Britain (BBC).

Setelah sedar bahawa ia adalah sebuah beg, mereka mula ketawa lalu merakam gambar dan swafoto dengannya.

Pekerja ladang yang bekerja di rumah pemilik itu dipuji kerana mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan konflik. – Agensi

POPULAR