fbpx

Perbicaraan Heard, Depp bersambung 16 Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAKSI Heard ketika memberi keterangan di Mahkamah Daerah Fairfax, Virginia, kelmarin bagi kes saman fitnah oleh bekas suami, Johnny Depp. - AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Aktres Amerika Syarikat (AS), Amber Heard mendakwa penderaan fizikal yang diterima daripada bekas suaminya, pelakon popular Johnny Depp telah mendorong peningkatan penganiayaan ke atas satu sama lain dalam rumah tangga mereka.

Menurut laporan stesen penyiaran CNN, Heard memberi gambaran emosi dan grafik dalam pembelaannya terhadap kes saman fitnah oleh Depp.

“Tiada apa yang saya lakukan membuatkan dia berhenti memukul saya. Saya cuba bertahan selama lebih setahun, mungkin dua untuk tidak bertindak balas secara fizikal mahupun lisan.

“Saya cuma merenung dan membeku setiap kali dia mencederakan saya. Ada masanya, saya cuba mengugut menelefon polis jika dia terus menerus memukul saya,” ujar Heard yang dirakam menangis beberapa kali sepanjang keterangan.

Depp menyaman Heard sebanyak AS$50 juta (RM218 juta) atas artikel yang ditulis untuk akhbar The Washington Post di mana aktres itu menggambarkan dirinya sebagai tokoh awam yang mewakili penderaan domestik.

Walaupun Depp tidak dinamakan dalam artikel itu, bintang Pirates Of The Carribean itu mendakwa ia secara tidak langsung menggambarkan dirinya sebagai pendera isteri.

Heard dan Depp yang bertemu pada 2009, telah berkahwin dari 2015 hingga 2016 sebelum sah bercerai pada 2017.

Depp memberi keterangan minggu lalu bahawa dia tidak pernah memukul seorang wanita dan menuduh Heard melakukan penderaan lisan dan fizikal.

Kedua-duanya telah menafikan dakwaan penderaan masing-masing.

“Seperti yang diramalkan oleh peguam Depp dalam kenyataan pembukaan mereka bulan lalu, Amber sememangnya sedang ‘mementaskan lakonan terhebatnya’ ketika sesi keterangan langsung.

“Ingatan Johnny mengenai apa yang berlaku sepanjang enam tahun mereka bersama adalah kekal dan kebenaran adalah sama tidak kira di mana ia dibentangkan,” kata jurucakap Depp.

Perbicaraan akan diteruskan pada 16 Mei berdasarkan tempoh rehat yang dijadualkan sebelum ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI