fbpx
PENGGUNAAN kopi kurus secara tidak terkawal juga menjadi punca kerosakan buah pinggang. – GAMBAR HIASAN

Peminum tegar kopi pelangsing terdedah penyakit buah pinggang kronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menjelang tahun 2040, dianggarkan terdapat 106,000 pesakit buah pinggang kronik di negara ini dan sebilangan daripada mereka yang menghidap penyakit itu disebabkan penggunaan produk kurus termasuk kopi pelangsing.

Pegawai Dietetik Pemakanan Hospital Pakar KPJ Damansara, Farah Farhanah Hashim berkata, keadaan itu berlaku kerana produk kurus yang diambil mereka mengandungi pelbagai bahan yang tidak melalui ujian klinikal selain tidak mendapat nasihat pakar.

“Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM), pada tahun 2018, seramai 44,136 orang mengalami penyakit buah pinggang kronik yang sedang menjalani dia­lisis di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, pesakit baru yang sedang menjalani dialisis paling tinggi adalah di Selangor, iaitu seramai 1,654, manakala negeri yang mencatatkan dialisis terendah adalah Perlis iaitu ha­nya 63 pesakit,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurutnya, secara amnya, produk kopi kurus banyak menggunakan bahan-bahan yang mempercepatkan proses menurunkan berat badan antaranya L-carnitine, garcinia cambogia, green coffee bean, chlorogenic acid, guar gum, guarana extract dan citrus aurantium.

Bagaimanapun, katanya, bahan-bahan seperti itu boleh meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah tinggi, malah merosakkan fungsi buah pinggang apabila digunakan secara tidak terkawal.

“Selain itu, terdapat juga isu apabila kebanyakan produk kopi kurus tidak menjalani kajian mendalam terhadap manusia dari segi dos, kandungan, jumlah dan kekerapan pengambilannya,” ujar beliau. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN