fbpx

Debat Anwar-Najib di MATIC, 12 Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan Najib bersetuju memilih MATIC sebagai lokasi penganjuran Debat Perdana pada 12 Mei ini.

PETALING JAYA – Debat Perdana antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal diadakan di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur pada 12 Mei ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, sesi perdebatan tersebut akan bermula pukul 9 malam menerusi siaran langsung di laman media sosial rasmi dan saluran televisyen yang akan diumumkan kemudian.

“Pihak Anwar dan Najib telah mengadakan perbincangan dan mencapai kata sepakat terkait tempat penganjuran Debat Perdana dengan memilih MATIC sebagai lokasi penganjuran debat.

“Kedua-dua pihak turut berharap Debat Perdana ini berlangsung dengan sempurna minggu depan,” katanya.

Anwar dan Najib sebelum ini telah bersetuju untuk mengadakan perdebatan bersama mengenai isu keperluan untuk menyelamatkan syarikat minyak dan gas kedua terbesar di dunia, SEB yang ketika ini mengalami krisis kewangan yang teruk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI