fbpx

Nak jumpa sempena raya, buat ujian calitan kendiri dulu – Ayda Jebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBELUM bertemu pada hari raya, Ayda menetapkan dia dan para tetamu yang akan hadir perlu melakukan ujian calitan kendiri Covid-19 bagi mengekang penularan virus pembawa maut tersebut.

PETALING JAYA – Bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19, penyanyi dan pelakon popular Ayda Jebat menetapkan syarat kepada tetamu yang hadir sempena hari raya untuk melakukan ujian saringan kendiri Covid-19 terlebih dahulu.

Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 30, perkara bagi memastikan suasana hari raya tidak ‘tercemar’ dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti penularan penyakit berjangkit meskipun negara kini berada di fasa peralihan endemik.

“Kalau peraturan kami, mahu datang jumpa atau hendak ke rumah kedua-dua belah keluarga, tetamu wajib menjalani ujian calitan Covid-19 dan kongsikan keputusannya antara satu sama lain.

“Mencegah lebih baik daripada merawat. Sebab ada yang kena tapi tidak mempunyai sebarang gejala. Kita jaga kita okey?” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Ayda yang terkenal dengan lagu Pencuri Hati itu turut berpesan kepada orang ramai yang hendak pulang ke kampung halaman untuk menyelenggara kenderaan dan memastikan kediaman sentiasa berkunci.

“Raya sebulan, ini tips balik raya. Pertama, jangan tanya ‘kau bila nak kahwin’, kedua pula usah bandingkan pekerjaan orang lain dengan anak sendiri.

“Ketiga, minta izin jika hendak pegang anak orang lain, lebih-lebih lagi bayi dan keempat jangan mencium anak atau bayi orang lain. Tolonglah elakkan,”ujarnya.

Terdahulu, Ayda pernah mengakui kepada Kosmo! mengenai perasaan paranoid dengan situasi sekeliling dengan jangkitan Covid-19 sehingga hampir setiap hari melakukan ujian calitan terutama apabila hendak keluar bekerja atau ke hospital untuk pemeriksaan anak.

Sebagai info, Ayda mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan cahaya mata, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI