fbpx

Kondom berisi air mani atas cermin kereta buat ramai jijik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan keadaan cermin hadapan sebuah kereta yang dipenuhi dengan air mani.

PETALING JAYA – Tular sebuah rakaman yang dikongsikan seorang lelaki menunjukkan sekeping kondom berisi air mani di atas cermin hadapan keretanya telah menerima pelbagai reaksi ramai.

Menerusi perkongsiannya di media sosial itu, difahamkan kejadian tersebut berlaku disebabkan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab mencampakkan kondom berkenaan dari flat berdekatan.

Apa yang membuatkannya lebih marah adalah keretanya itu baru sahaja dicuci, namun dikotorkan semula dengan cecair tersebut.

Sementara itu, kapsyen yang ditinggalkan lelaki berkenaan turut menarik perhatian ramai.

“Kereta kena tahi burung, tak, kereta kena air mani, ya,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata orang ramai berasa jijik melihat insiden tersebut dan mempersoalkan tahap kewarasan individu yang melakukannya.

“Ini rasanya normal masa tengah sedap sahaja, lepas itu terus ada masalah mental, sebab itu main campak merata-rata,” komen seorang pengguna.

“Ambil sampel air mani tu, pergi jumpa bomoh, biar bengkak dia ‘punya’, baru sedar diri,” seloroh pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI