fbpx

Hujan lebat di utara Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sarawak, Sabah dan Labuan ekoran ramalan cuaca buruk sehingga awal petang nanti.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di laman Facebook memaklumkan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dijangka berlaku di Langkawi, Kedah dan beberapa daerah sekitar Pulau Pinang seperti Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Selain itu, di Perak ia melibatkan daerah Manjung dan Bagan Datuk.

Tambah MetMalaysia, bagi negeri Sarawak pula, antara kawasan yang diramal mengalami cuaca buruk tengah hari ini adalah Kuching, Samarahan dan Limbang.

“Di Sabah, hujan lebat serta ribut petir dilihat tertumpu sekitar Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau, Sandakan dan Kudat.

“Manakala, di Labuan, keseluruhan negeri berkenaan diramal bakal menerima taburan hujan dalam tempoh yang sama sehingga pukul 3 petang hari ini,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI