fbpx

Kevin Zahri ditegur cium mulut anak sambut raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERUNDING kesihatan, Kevin Zahri berkongsi foto mencium anak lelakinya di bahagian bibir pada hari raya.

PETALING JAYA – Perunding kesihatan terkenal, Kevin Zahri menerima kecaman netizen apabila berkongsi beberapa keping foto termasuk menyaksikan dirinya mencium anak lelakinya di bahagian bibir pada hari raya Aidilfitri.

Foto yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya menyebabkan ramai pengikut berasa tidak selesa dengan perkongsiannya yang disifatkan tidak bersesuaian dengan norma dan masyarakat Islam negara ini.

“Jgn normakan (biasakan) cium mulut anak begini. Maaf sekadar tegur,” tulis seorang netizen.

Sementara itu, seorang netizen lain turut melahirkan rasa tidak puas hati apabila ada menyokong tindakan Kevin yang sudah terang lagi bersuluh ternyata salah dan tidak sepatutnya dijadikan amalan.

“Tak sangka banyak juga yang mempertahankan perbuatan begini. Padahal, jelas tak beradap dan boleh menjelaskan kesihatan anak. Sedih,” tulisnya.

Dalam pada ramai mengeji, ada juga yang mempertahankan tindakan Kevin yang disifatkan sebagai tidak lebih daripada simbolik kasih sayang seorang bapa kepada anaknya.

“Seronok baca komen. Satu perkara yang indah yang Kevin menunjukkan kasih sayang terhadap anaknya. Anak akan membesar dan belajar untuk sayang dan menghormati orang lebih tua.

“Anak Kevin akan menunjukkan kasih sayang sama untuk keluarganya apabila dia besar nanti. Syabas, Kevin,” tulis netizen itu.

Terdahulu, Kevin yang dikenali dengan jenama Cikgu Fitness Malaysia berkongsi untaian gambar bahagia menyambut lebaran bersama keluarganya termasuk anak lelakinya, Rafael Zahri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI