fbpx

Lelaki lemas ketika menjala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk kampung melakukan pencarian mangsa lemas di Sungai Batu 20 Batu Kurau petang tadi.

LARUT – Seorang lelaki ditemui lemas ketika menjala di Sungai Batu 20, Batu Kurau dekat sini tengah hari tadi.

Mangsa, Mohd. Kamaruddin Chek May, 49 tahun dikatakan menjala ikan bersama ahli keluarganya di sungai itu.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pada kira-kira pukul 12.10 tengah hari.

Menurut jurucakap itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau telah dikerah ke lokasi sebaik menerima maklumat.

“Operasi pencarian turut dibantu pasukan penyelamat di air dari BBP Kuala Kangsar.

“Mayat mangsa telah dijumpai oleh orang awam pukul 3.08 petang pada kedalaman lima meter di sungai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia manakala mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI