fbpx

Indonesia tahan dua kapal tangki cuba seludup keluar minyak sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMERINTAH melarang eksport minyak kelapa sawit mentah (CPO) bagi memenuhi permintaan domestik dan mencegah lonjakan harga di Indonesia. - thaipbsworld

JAKARTA – Tentera Laut Indonesia menahan dua kapal tangki asing yang cuba menyeludup keluar minyak kelapa sawit mentah (CPO), lapor sebuah akhbar semalam.

Tentera laut negara itu menahan kapal tangki MT World ketika dalam pelayaran dari Dumai, wilayah Riau menuju ke India. Kapal itu ditahan di perairan Selat Melaka milik Indonesia.

Sementara itu, sebuah lagi kapal, MT Annabelle yang menuju ke Sharjah di Emiriyah Arab Bersatu, ditahan di wilayah Kalimantan Barat selepas kapal itu meninggalkan Pelabuhan Kijing di Pontianak.

Pemerintah melarang eksport CPO bagi memenuhi permintaan domestik dan mencegah lonjakan harga di Indonesia sehingga harga komoditi itu kembali normal.

Kapal MT World mengibarkan bendera Liberia dan dimiliki warganegara Russia, Beloy Alexander. Terdapat 22 kru warga asing di atas kapal itu termasuk tujuh rakyat Russia, enam warga Ukraine dan sembilan rakyat India.

Dalam insiden berasingan, tentera laut juga menahan kapal MT Annabelle yang membawa muatan 13,357,425 tan metrik CPO  haram. Kapal itu mengibarkan bendera Kepulauan Marshall dan diketuai kapten warga China bersama 24 kru.

Perbuatan menyeludup minyak masak dan bahan mentahnyan ke luar negara dipercayai menjadi punca kekurangan bekalan dan harga komoditi itu melambung tinggi di Indonesia, manakala pemerintah cuba membanterasnya

Harga CPO di Indonesia melambung daripada in ASS$0.96 (RM4.18) – AS$1.03 (RM4.50) satu liter kepada AS$1.52 (RM6.60) seliter.

Petani Indonesia menyokong larangan eksport CPO tersebut dengan alasan adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memastikan bekalan minyak masak mencukupi dan pada harga berpatutan di pasaran tempatan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI