fbpx

Cuti Hari Pekerja dibawa ke Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini memaklumkan bahawa cuti Hari Pekerja secara automatik akan dibawa kepada Rabu, 4 Mei selaras dengan pengumuman rasmi Hari Raya Aidifitri bagi tahun 2022 yang jatuh pada Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peralihan hari cuti tersebut adalah selaras dgn peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8).

“Gantian cuti Hari Pekerja secara automatik ini bagaimanapun tidak terpakai untuk Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad yang mana ia adalah hari bekerja di negeri-negeri tersebut.

“Bagaimanapun, ia adalah tertakluk pada keputusan Pihak Berkuasa Negeri masing-masing untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan cuti,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI