fbpx

Everton tersalah pilih Lampard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMPARD berdepan tekanan tinggi untuk mengeluarkan Everton daripada zon penyingkiran dengan berbaki enam perlawanan musim ini. – AFP

LIVERPOOL – Bekas pemain Everton dan pengulas bola sepak, Andy Gray menganggap pengurus semasa The Toffees, Frank Lampard tidak cukup bagus untuk membawa pasukan itu kembali ke prestasi sebenar.

Everton ketika ini berdepan risiko penyingkiran apabila kekurangan dua mata berban­ding Burnley yang berada di kedudukan ke-17 ketika ini, namun masih memiliki baki enam perlawanan.

Lampard dilantik menggantikan Rafael Benitez yang dipecat pada Januari lalu, namun beliau hanya mampu meraih 10 mata untuk pasukan itu berbanding 36 mata maksimum yang ditawarkan untuk 12 perlawanan diharungi.

“Everton memiliki sekumpulan pemain yang serba kekura­ngan. Mereka mungkin pemain yang baik tetapi adakah cukup baik? Saya tidak tahu.

“Frank tahu bahawa beliau kembali menggalas tugas pengurus dalam keadaan kurang baik. Jika Everton meraih seri dalam lima perlawanan lagi, mereka pasti akan tersingkir musim depan.

“Mereka perlu berhenti berfikir bahawa mereka pasukan yang baik sedangkan kemam­puan mereka sebaliknya. Memulakan permainan dari bahagian belakang setiap masa juga menyumbang kepada kemerosotan prestasi pasukan. Mereka perlu menghentikannya,” kata Gray.

Gray turut merujuk kejayaan pengurus gantian yang dilantik seperti Eddie Howe yang berjaya memulihkan Newcastle United selain Mike Jackson berjaya me­raih dua kemenangan untuk Burnley daripada tiga perlawanan ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI