fbpx

Chelsea perlukan penyerang tulen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU terus dihantui masalah ketumpulan penyudah menyebabkan Chelsea gagal untuk muncul pencabar kejuaraan musim ini. – AFP

LONDON – Pengkritik bola sepak England, Jamie Redknapp mendakwa bahawa Chelsea tidak akan mampu mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris sekiranya mereka gagal mendapatkan penyerang tulen seperti legenda mereka, Didier Drogba.

Pada aksi kelmarin, The Blues sekadar terikat 1-1 menentang Manchester United selepas mendahului perlawanan menerusi pemain pertahanan, Marco Alonso biarpun jentera serangan mereka memiliki deretan pe­luang terbaik, tetapi gagal disudahkan.

Biarpun berjaya menandatangani khidmat Romelu Lukaku pada musim panas lalu dari Inter Milan dengan bayaran yang cukup mahal, namun pemain itu gagal untuk menjalankan tugas­nya dengan baik.

“Saya fikir Thomas Tuchel sedar bahawa pasukannya tidak akan memenangi perlawanan itu. Banyak peluang yang dianggap sebagai sangat berpotensi besar untuk berakhir di dalam gawang United, gagal disudahkan penye­rang mereka.

“Mereka pastinya sedar bahawa Lukaku merupakan elemen yang hilang dalam pro­ses mereka untuk mencabar
kejuaraan. Mereka berharap Lukaku mampu meledak 20 ke 25 untuk mereka, tetapi itu tidak berlaku.

“(Timo) Werner bukanlah seorang penyerang tulen. Saya gemar menyaksikan permainan Havertz, tetapi dia bukanlah seorang penyerang tulen seperti Drogba ataupun Diego Costa,” jelasnya.

Drogba berjaya membantu Chelsea merangkul tiga gelaran EPL dan meledak lebih 100 gol sepanjang bersama pasukan itu bermula 2004 hingga 2012, manakala Costa meledak 20 gol dalam dua musim iaitu 2015 dan 2017 ketika Chelsea muncul juara liga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI