fbpx

Tak tahan fitnah, Mak Wan Latah jauhi media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKAIT isu dan kerap berdepan tuduhan, Mak Wan Latah ambil keputusan mahu berehat dari media sosial buat seketika.

PETALING JAYA – Pelakon veteran, Mak Wan Latah nekad mengambil keputusan untuk berehat daripada aktif dalam media sosial selepas berhadapan dengan pelbagai fitnah.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Mak Wan berkata tindakan seumpama itu terpaksa dilakukan berikutan sudah tidak tahan lagi berhadapan kecaman netizen.

“Mak Wan ingin merehatkan diri Mak Wan daripada Instagram, Facebook atau apa saja aktiviti yang selalu Mak Wan buat sebab tak tahan lagi dengan kecaman yang Mak Wan dapat.

“Fitnah Mak Wan melarikan duit, sihirkan orang dan nusyuz pada suami. Orang tak tau, orang akan cakap apa je kan,” luahnya menerusi rakaman video pendek.

Begitupun, dia mendedahkan akan kembali aktif di media sosial apabila keadaan yang hangat ini reda semula.

Sebelum ini, nama Mak Wan Latah menjadi perhatian ramai apabila perkahwinannya bersama Husain Dollah, 74, hanya bertahan semalam tiga bulan sebelum diceraikan baru-baru ini.

Terbaru, timbul pula dakwaan kononnya menyihir seorang pelakon wanita lain yang dikatakan rakan baik sendiri sehingga nama bintang 7 Hari Mencintaiku 3 itu terus hangat menjadi bualan maya.

Walaupun akhirnya individu berkenaan meminta maaf dan memadam bebenang tersebut daripada Twitter atas alasan tersalah orang, seorang rakan terdekat dramatis itu tetap tidak berganjak mengambil tindakan undang-undang.

Rentetan fitnah ‘main bomoh’ pula, satu lagi pihak lain mendakwa pemilik nama sebenar Halimatussa’adiah Mohd Daud, 61, itu melanggar perjanjian dengan sebuah syarikat pengeluar produk makanan.

Menurut laporan berkenaan, dia didapati berada di set lain sedangkan sudah menyatakan tidak dapat hadir ketika hari penggambaran kelolaan syarikat itu kerana terkena jangkitan Covid-19

Laporan sama bertarikh 8 April juga menyebut kedua-dua pihak telah menandatangi perjanjian yang dibuat pada 30 Mac 2022 dengan bayaran wang 50 peratus sebelum mula bekerja.

Begitupun, menerusi satu siaran langsung di Tiktoknya, Mak Wan tidak menjawab soalan pengikutnya berhubung isu berkenaan, sebaliknya hanya menyatakan semua yang berlaku sebagai ujian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI